Mandi

PENGERTIAN MANDI

Dari segi bahasa: mandi bererti mengalirkan air ke seluruh badan.
Dari segi syara‘: mandi bermaksud mengalirkan air ke seluruh badan dengan niat yang tertentu.

PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI

1. Bertemu dua khitan iaitu apabila masuknya hasyafah zakar atau sekadar yang ada bagi zakar yang kudung ke dalam farj perempuan yang masih hidup dengan sempurna walaupun tidak keluar mani.

2. Keluar mani walaupun sedikit dengan sengaja atau pun bermimpi.

3. Keluar haid, iaitu darah semulajadi yang keluar dari pangkal rahim ketika wanita dalam keadaan sihat pada waktu yang tertentu.

4. Melahirkan anak atau bersalin (wiladah).

5. Keluar nifas, iaitu darah yang keluar selepas bersalin.

6. Mati, kecuali mati syahid.

FARDU MANDI

1. Berniat pada permulaan kena air pada badan.

Bagi orang yang berjunub niatnya ialah mengangkat janabah atau hadath besar. Niatnya seperti berikut:

Maksudnya:
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta`ala”.

atau

Maksudnya:
“Sahaja aku mengangkat hadath besar kerana Allah Ta`ala”.

Bagi orang yang datang haid atau nifas niatnya ialah mengangkat hadath haidh atau nifas. Niatnya adalah seperti berikut:

Maksudnya:
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Ta`ala”.

atau

Maksudnya:
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Ta`ala”.

2. Menghilangkan najis yang terdapat pada tubuh badan.

3. Meratakan air ke seluruh badan terutama kulit, rambut dan bulu.

PERKARA SUNAT SEMASA MANDI

Terdapat banyak perkara sunat semasa mandi, antaranya:
1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz

2. Berwudhu’ sebelum mandi.

3. Membasuh dua tapak tangan.

4. Menggosok seluruh bahagian badan.

5. Mendahulukan anggota tubuh yang kanan daripada yang kiri.

6. Mengulangi membasuh anggota tubuh sebanyak tiga kali.

7. Berturut-turut iaitu tidak berlaku perceraian yang lama di antara membasuh sesuatu anggota dengan anggota yang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: