TOHARAH

Toharah / Bersuci

Definisi :
Dari segi bahasa : Suci dan bersih
Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas.

Toharah ialah anak kunci dan syarat sah salat. Hukum toharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan. Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Anfal, ayat 11 yang bermaksud :

” Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu dengannya… ”

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :

” Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan ”

Tujuan toharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain. Hikmah disuruh melakukan toharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu adalah perbuatan mengadap dan menyembah Allah Ta’ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah berada di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. .

Faedah melakukan toharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat dan terjauh daripada penyakit serta mendatangkan kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya.

Leave a comment